Istimewa Kalabakan Kalabakan,_Tawau

Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kalabakan. Salah satunya adalah Tugu Peringatan Konfontasi Malaysia-Indonesia 1963. Selain itu Kalabakan mempunyai tempat peranginan iaitu Air Terjun Batu 9 yang sangat cantik dan indah. Untuk penginapan Kalabakan mempunyai Resort Felda Kalabakan yang menyediakan perkhidmatan yang baik. Sungai Kalabakan juga merupakan sungai yang besar dan panjang di sabah ini. Kampung lama Kalabakan iaitu kampung 'Liasau' merupakan kampung yang tertua di dalam Kalabakan dan mempunyai tapak arkeologi yang boleh di buat kajian. Menurut sumber ada nisan yang terdapat di kawasan ini bertarikh 1400 masihi.Lombong Arang Batu Silimpopon yang wujud dalam 1920 juga terletak di kawasan Kalabakan.